Gambaran Istana Kesultanan Melaka
Pemerintahan di Melaka bermula pada 1400 (Era Hindu) dan menjadi Kesultanan Melaka pada 1409 (Era Islam) dan berakhir pada 1511 setelah kedatangan penjajah Portugis. Jelas disini tidak mungkin ini Kerajaan Melayu awal kerana tahun berdirinya tidaklah begitu lama. Pendiri Kesultanan Melaka adalah Parameswara yang sebelum itu memerintah Singapura (Tumasik) pada 1389-1398. Berdasarkan sumber Parameswara adalah anak kedua Sang Nila Utama yang merupakan pula anak kepada Sri Nila Pahlawan yang merupakan pemerintah Palembang salah satu pusat pemerintahan Srivijaya.
Sekarang kita ke Empayar Srivijaya, Empayar Srivijaya mempunyai beberapa buah pusat pemerintahan yang strategik atas sebab tertentu. Di Semenanjung (Kadaram), Sumatera (Jambi) dan Jawa ada pusatnya sendiri untuk pengukuhan pemerintahan Srivijaya. Bukti awal kewujudannya adalah pada abad ke 7. Batu Bersurat Kedukan Bukit bertarikh 682 ini ada menyebut tentang Srivijaya.
Batu Bersurat Kedukan Bukit
Jadikah adakah Srivijaya adalah Kerajaan Melayu yang terawal?
Mari kita menyingkap sejarah Empayar Srivijaya.
Dari Batu Bersurat Kedukan Bukit menyebutkan Dapunta Hyang Sri Jayanasa atau Sang Sapurba adalah pendiri Srivijaya yang berlepas dari Minanga dengan membawa ribuan askar. Berita tentang perjalanan Kerajaan Minanga ini juga disebut dalam catatan perjalanan sami I-Tsing atau I Ching (634-713). Selain dari berita buku Tang Hui Yao, juga dari buku Tse fu yuan kuei pada masa Dinasti Song yang dibuat atas dasar sejarah lama oleh Wang Chin Jo dan Yang I antara tahun 1005 dan 1013, menceritakan adanya utusan dari Kerajaan Minanga yang melawat ke Cina pada tahun 644 dan 645.
Ahli Sejarah berpendapat istilah Melayu/Malayu berasal dari kata Malaya dalam Bahasa Sanskrit bermaksud bukit jesteru mengukuhkan lagi fakta bahawa pusat awal Kerajaan Melayu itu bukanlah Srivijaya kerana Srivijaya pusat utamanya di Jambi yang berdataran rendah. Kerajaan Melayu/Malayu yang terawal haruslah berbukit bakau dan bergunung ganang. Kerajaan Minanga menepati ciri-ciri ini yang dipercayai terletak di daerah pendalaman Sumatera tempatnya orang-orang Melayu yang kini namanya adalah? Orang Minangkabau. Ada ahli sejarah berpendapat Minanga adalah nama lama bagi Minangkabau. Ciri-ciri penempatan atau tanah orang Melayu Minangkabau ini yang terletak di Sumatera Tengah dan Sumatera Barat ini dikenali juga sebagai dataran tinggi Sumatera kerana struktur tanahnya yang berbukit.. Dari Prasasti Tanjore yang dikeluarkan oleh Rajendra Chola bertarikh 1030 menyebutkan bahawa ibu negeri Melayu/Malayu terletak di atas bukit dan dilindungi benteng-benteng.
Mari kita menyingkap tentang sejarah Orang-Orang Dataran Tinggi ini atau lebih dikenali sebagai Urang Minang.
Saya percaya tidak ramai yang tahu perkaitan Orang Minang ini dengan sejarah Melayu/Malayu di Sumatera. Mari kita menyingkap sejarah Kerajaan-Kerajaan di Minangkabau sesudah era Minanga dan Srivijaya yang telah diceritakan di atas.
Setelah kejatuhan Srivijaya pada tahun 1025 dan sepenuhnya pada tahun 1292 akibat serangan angkatan laut Chola (India Selatan), serangan dari Singasari (Majapahit) dan juga serangan dari Sukhotai (Siam). Pada tahun 1025, Waris-waris Srivijaya ini bergerak ke pendalaman Sumatera dan mendirikan Kerajaan Dharmasraya. Dan pada tahun 1347 Kerajaan Dharmasraya ini berpindah lagi ke pendalaman Sumatera iaitu di suatu tempat yang berdataran tinggi tepatnya di Pagaruyung, Minangkabau https://ms.wikipedia.org/wiki/Pagar_Ruyung. Tak berlebih jika saya mengatakan ibarat pulang ke tempat asal. (rujuk kembali cerita tentang asal pendiri Srivijaya di atas). Kerajaan Dharmasraya ini seterusnya bergabung dan menjadi takluk dibawah Kerajaan Malayapura yang sudah sedia ada di Pagaruyung, Minangkabau. Kerajaan Malayapura ketika itu dipimpin oleh Adityawarman mengukuhkan lagi kedudukannya dengan sebagai Penguasa Bhumi Malayu.
Setelah itu sekitar abad ke 14, agama Islam mula berkembang di Minangkabau dan Kerajaan Pagaruyung dipimpin oleh Yang Dipertuan Sultan Alif menggantikan Kerajaan Malayapura (Buddha) Kerajaan Pagaruyung ini berdiri pada abad ke 15 dan runtuh pada tahun 1825 akibat dari Perang Padri (Perang Saudara) dan juga penjajahan Belanda.

Replika Istano Gadang Pagaruyuang (Bhs Minang)
Istana Besar Pagaruyung (Bhs Melayu)
Sebagai penutup, saya menyeru kepada Orang Minangkabau atau Urang Minang atau Urang Awak berbanggalah anda sebagai Melayu. Atau lebih tepat Si Melayu Tua!
Assalamualaikum, yang buruk datang dari saya, yang baik datang dari Allah SWT.